TIP UNTUK BERJAYA DALAM KERJAYASetiap individu pastinya ingin berjaya dalam kerjaya, tidak kira bidang apa yang diceburi oleh mereka, samada seseorang itu makan gaji, ataupun bekerja sendiri. Ramai yang berkata, orang yang berjaya dalam sector awam belum tentu seseorang itu betul-betul berkebolehan kerana banyak faktor lain yang diluar jangka dan di luar kebiasaan akan mempengaruhinya.Untuk berjaya di dalam kerjaya, pekerja di sector swasta perlu memiliki ENAM (6) kemahiran berikut:1. Kemahiran komunikasi
Komunikasi adalah paling penting dalam kehidupan harian kita. Seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri semasa berkomunikasi. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang berkesan dimana ianya akan dapat meyakinkan orang lain. Komunikasi adalah meliputi percakapan/pertutran, penulisan dan geraklaku seseorang. Oleh itu setiap individu perlukan mempunyai kemahiran bertutur, menulis dan mempunyai geraklaku yang menyenangkan orang lain sekiranya ingin berjaya didalam kerjaya yang diceburi. Dalam dunia global sekarang kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris adalah amat penting. Biasaanya mereka yang boleh bertutur dan menulis di dalam Bahsa Inggeris mempunyai kelebihan dan mudah di terima untuk bekerja di sector swasta terutamanya syarikat yang bertaraf antarabangsa.mampuan bercakap dengan baik hanyalah salah satu daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting.Apabila memohon sesuatu pekerjaan, pastikan surat permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu bagaimana tugas yang dipohon dan diri anda adalah gandingan sepadan. Mungkin ramai berpendapat kurang kemahiran berbahasa Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus atau buku-buku di samping melihat surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya dalam permohonan mereka.
2. Idea yang bernas
Idea yang bernas tak semestinya datang daripada pihak atasan, adakalanya idea daripada kakitangan bawah adalah lebih baik terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas mereka. Yang perting setiap peka dengan persekitaran dan pandai mengaplikasikan sesuatu yang baru. Di era ICT pada masa kini penggunaan ICT dalam tugas di pejabat, untuk tujuan pemasaran, pendidikan, penyebaran maklumat serta alat komunikasi yang murah adalah amat relevan. angan takut untuk emberi idea. Tidak semestinya setiap idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria tidak berfaedah.Perkembangan teknologi begitu pesat kini sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan. Bukan hanya melalui media elektronik, Semakin banyak kita sedar dan peka mengenai tren dan perubahan semasa, semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.
3. Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah amat penting dimana juga kita berada. Orang yang berilmu sentiasa dihormati oleh orang lain sementara orang yang tidak berilmu akan ketinggalan. Dalam arus perkembangan teknologi pada masa ini terutamanya dalam bidang ICT Setiap orang mesti meluangkan masa untuk mempelajaran teknologi-teknomi baru. UKajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan berbanding lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan teknologi terutama komputer.Kemahiran teknikal adalah penting dalam menjalani kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut berkejar dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa pengetahuan ini, ramai yang akan ketinggalan. Usah malu untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu. Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan komputer, tetapi adalah lebih menguntungkan jika kita mempelajarinya atas inisiatif sendiri.
4. Tingkatkan pendapatan syarikat
Dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, majikan akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada syarikat. Walaupun jawapan yang diberikan "saya akan cuba me" ningkatkan jualan, meningkatkan pendapatan syarikat dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi.Pekerja yang beriaya membawa hasil yang banyak kepada syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi aset kepada syarikat tersebut.Oleh itu anda perlu ada keyakinan diri untuk meyakinkan syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa anda mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada syarikat berkenaan.
5. Luaskan rangkaian
Alat yang penting dalam mengembangkan karier adalah rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna hanya menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan dengan kenalan baru atau sering berbual melalui telefon.Yang penting selepas setiap pertemuan, anda perlu berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan nasihat dan maklumat yang diperlukan.Kita sering bertemu ramai orang dari pelbagai bidang, tetapi jika kita tidak sering berhubungan walaupun sekadar bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan meluas. Ia akan hanya menjadi sekadar kenangan dalam pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk pengurusan karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan dengan orang yang mereka kenal dan boleh dipercayai.Kunci utama mengembangkan rangkaian kita ialah dengan mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai pertubuhan-pertubuhan sosial, pertubuhan profesional, kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang ditemui ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman.Kejayaan dalam pekeriaan dan perniagaan bukan sahaja bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi juga siapa yang mengenali kita.
6. Susulan
Apabila memulakan sesuatu tugas, kita hendaklah sentiasa memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak kurang yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan lanjut membuatkan segalanya gagal.Ada juga yang menghantar permohonan pekerjaan tetapi tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan telefon bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan dari awal lagi individu ini tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.
31 Oktober 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan